Jul 8, 2011

Julai Terakhir Okiedokie


Assalamualaikum

Hampir sebulan lebih tidak diupdate blog ni. Ala, bukannya orang nak membaca sangat pun kan? Salam perpaduan pada pembaca setia blog picisan yang dah makin suam-suam kuku ni. Maafkan lah diri ini. Setelah lebih 2 tahun menulis di blog ni, selamat tinggal terpaksa diucapkan. Update ini adalah update terakhir aku kat blog ni. Projek 30 pula rasanya tidak dapat diteruskan. Lihatlah bagaimana sama ada akan disambung mahupun tidak di blog baru.

Banyak kenangan sebenarnya blog ni pada diri aku. Sangat banyak. Ada part sedihnya, ada part gembiranya. Tapi semuanya tersimpan dalam ingatan. Janganlah risau, blog ini mungkin tidak akan didelete langsung tapi ianya akan tetap ada sehinggakan aku rasa ia perlu didelete. Aku ingin mula segalanya semula. Belajar cara menulis dengan lebih baik.

Aku sebenarnya baru saja buat blog baru yang menggunakan nama atenzone. Ramai lebih mengenali aku dengan nama tu. Tapi kalau korang yang dah follow that blog, korang dapat tengok banyak jugaklah entry serupa dengan this blog. Sebab aku import entry yang tertentu saja ke sana. Supportlah aku di sana ok. Sayang sama mereka yang sayangkan aku. Believe me. Selamat tinggal Okiedokie. Selamat datang Atenzone.

(http://atenzone.blogspot.com)


Selamat tinggal Okiedokie. 

p/s : ingat nak tukar url je tapi entahlah. buat blog baru dan import lebih senang. maafkan aku kawan-kawan.

Jun 3, 2011

Shylla Amzah - Yang Teristimewa (Edisi 2011)


Assalamualaikum



Kau yang teristimewa
Segala yang ku inginkan
Ada padamu kasih. 
Kau yang teristimewa
Indahnya perasaan
Berada di sisimu.

Thanks Sha for singing this song. Ingatkan dah terlupa request Aten ni. Lagu ni favourite kot zaman-zaman sekolah atau zaman-zaman muda dulu. Eh tua sangat ke aku ni? Teringat plak kenangan lama bila dengar lagu ni. Pasal apa? Apa-apa pun boleh. Take care ye pegi China tu nanti. We'll always support you. Thanks again Sha. 

Follow

May 27, 2011

Happy Birthday Amirah Sakhia


Assalamualaikum

Happy birthday to you ~
Happy birthday to you ~
Happy birthday to Amirah Sakhia
Happy birthday to you ~


Akhirnya, setelah penat merancang dengan Kak Leo. Tarikh kami nak celebrate pun kena tukar berapa kali. Ingat nak celebrate awal tapi tak sempat. Aku dengan busy buat Projek Diploma, Kak Leo plak dengan kerja-kerja kat office yang perlu dibereskan. Banyak betul dugaan kami.

Even mulanya banyak masalah, tapi alhamdulillah berjaya juga kami. Tahun ni, rasanya 22 April tulah baru aku berbual dan sembang dengan dia. Jangan kata call dia kat konti, reply or post kat facebook or twitter pun tak. Memang tahun ni busy sangat. Dengar radio pun tak sempat. Tapi still dapat tahu perkembangan dia.




Antara pose-pose istimewa Myra buat korang. Bukan senang tau nak ambil gamba dia sorang. Dah ada masa, pe lagi, suruh dia pose. Lepas suruh, memang merata lah dia nak posing. Tengoklah gamba kat atas tu macam mana. Macam-macam gaya dah dibuatnya. Seronok je snap gamba dia.

Happy birthday to you. 


Have fun with you. You've make my day. I miss you.

Lastly, just like others said, we'll be happy if we make others people happy. Dont worry tentang apa kata mereka yang lain, "Tak kenal, maka tak cinta". Jangan hanya menilai dari luaran kerana dalaman itu lebih penting. Itulah prinsip yang perlu kita guna.


Day 2 - Your favourite movie (Projek 30)


Assalamualaikum


Laila Isabella, cerita long time favourite aku. Cerita yang buat aku gilakan Nasha Aziz. Lakonan dia dalam movie ni sangatlah mengujakan aku. Jadi minah tomboi dan sukakan si Rosyam Noor ni. Aku ada lagi baju merchandise movie ni. Poskad yang ada sain pelakon-pelakon dia pun masih tersimpan rapi. 

Movie ni time aku menetap kat Penang lagi. Dapat jumpa semua si Rosyam Noor, Nasha Aziz, Hans Isaac beserta Azharina yang menyanyikan lagu tema movie ni. Time tu aku jadi tukang sambut si Rosyam sempena dia rasmi stokis Nona Roguy, kawan mak aku punya kedai. Aku jadi tukang pegang bunga rampai. Jadi femes kejap time tu orang semua snap gamba aku dan partner aku time tu.

Rosyam Noor nak datang dah tahu lama, cuma yang tak tahu, rupanya dia buat promotion filem Laila Isabella ni sekali. Bila nampak kelibat Nasha dengan Hans memang terkejutlah. Zaman muda-muda tak pernah jumpa artis. Bila ada depan mata, memang terpakulah. Tapi terkawal lagi time tu, jangan risau. 

Sesiapa yang tak pernah tengok movie ni memang rugi. Sebaiknya korang cuba search kat youtube, rasanya ada ternampak hari tu. Takkan rugi kalau korang tengok. Boleh tahan kelakar juga filem ni. Lastly, tagline filem nilah yang buat aku guna pakai selalu, "Hidup Ini Mesti Berani Terima Kenyataan".