Dec 31, 2009

Selamat Tinggal 2009



Beberapa minit sahaja lagi tamatlah tahun 2009 yang meninggalkan aku banyak kenangan. Tidak kiralah kenangan itu indah mahupun kenangan itu menyakitkan. Ramai kawan baru yang aku mula kenali. Aku mula bergiat sedikit aktif dalam menyokong beberapa artis di dalam karier mereka. Siapa mereka, mungkin ada yang tahu. Masih lagi di carta pertama aku, Fara Fauzana. Tidak mungkin akan berubah. Pencapaian dia pada tahun ini sangat membanggakan. Aku dan juga Fun Corner sentiasa akan terus menyokong karier dia.

Pada tahun ini juga aku mula mempelajari apa itu sebenarnya yang dikaitkan seni dalam Fotografi. Seni itu mula menarik minat aku untuk mengetahui fungsi-fungsi pelbagai jenis kamera DSLR yang terdapat di pasaran. Hanya jenama dari Nikon, Canon dan Sony yang menarik minat aku dan mencairkan hati aku. Aku juga sedang cuba mempelajari cara-cara menangkap gamba dengan cantik dan menarik minat orang ramai untuk melihat hasil kerja aku. Tapi masih lagi di peringkat percubaan. Terima kasih kepada Lightroom, Picasa dan Photoshop.

Pada tahun ini juga, kali terakhir aku berusia belasan tahun sebelum usialu mencecah ke angka dua puluhan. Baru sahaja beberapa hari lepas menyambut usia 19 dan kini masuk tahun 2010 akan terus dikaitkan dengan tambahan setahun menjadikan usia 20 tahun. Terima kasih kepada sesiapa yang sempat mengingati tarikh hari lahirku tidak kiralah di kalangan rakan sekolah, rakan kampus, rakan facebook dan juga rakan fan club. Sayang dengan kamu semua.
"Biarkanlah perkara yang menyakitkan itu pergi dengan sendirinya, kerana yang mengembirakan pasti akan datang bila tiba waktunya.."

Alhamdulillah,
SELAMAT TAHUN BARU 2010

Dec 27, 2009

Selamat Pengantin Baru



Entry khas ini khas untuk pasangan di atas.
Selamat pengantin baru kepada Kak Adeq dan Abang Sham.
Mereka sah menjadi suami isteri pada petang tadi.
Pada tarikh keramat 26 Disember 2009.
Hanya doa adik dari jauh untuk akak.
Maafkanlah sebab tak dapat nak raikan hari bahagia akak.
Lepas ni, bolehlah gunakan panggilan Puan Liana kan? Hehe.
Semoga akak dan Abang Sham berbahagia ke akhir hayat.
Berbahagia sehingga ke anak dan cucu.
Harapan tulus dan ikhlas dari adikmu ini.
Salam sayang untuk kakak.

"SELAMAT PENGANTIN BARU KAK.."

Dec 25, 2009

Bulan Bertuah Aku

Untuk entry kali ini aku ingin luahkan kegembiraan diri aku. Pada tahun ini, ternyata bulan Disember banyak membawa kegembiraan kepada diriku. Alhamdulillah, aku jarang berasa gembira seperti ini. Macam-macam hal yang berlaku dari awal bulan sehinggalah akhir bulan membuatkan aku gembira. Bersyukur kepada Allah. Kalau tidak aku hanya rasa sedih, terkilan dan juga tension. Apa yang mengembirakan aku? Tunggulah di post akan datang okeyh. Terima kasih kerana membaca. 

gembira seperti mereka

Menyesal - Ressa Herlambang




semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia

reff:
bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku
mengapa harus dia yang merebut dirimu

bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela

* terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu

repeat reff [2x]
repeat *


Dec 21, 2009

Filem Sang Pemimpi

Bercakap tentang filem terbaru Sang Pemimpi. Filem ni diadaptasi dari novel karya Andrea Hirata yang juga novel kedua selepas Laskar Pelangi. Novel-novel karya Andrea Hirata ni buat aku tertarik bila baca. Dah masuk buku keempat yang aku baca karya dia. Antaranya, Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov yang merupakan karya terakhir dalam tetralogi Laskar Pelangi. Memang superb tulisan kisah benar tentang kehidupannya, keluarganya, rakan-rakannya, pengalamannya dan suasana di Belitong, kampung halamannya.

Babak-babak di dalam filem Sang Pemimpi 

Filem ini baru ditayangkan di pawagam Indonesia pada 17 Disember lepas. Maksudnya masih baru lagi. So, tak tahulah bila akan sampai Malaysia dan aku dapat menonton filem ini. Kepada peminat Ariel Peterpan, korang akan lihat dia berlakon sebagai Arai dewasa dalam filem ini. Arai adalah merupakan watak penting dalam filem ini selepas watak Ikal. Jangan lepaskan peluang menonton buat pertama kalinya Ariel di layar perak. Korang juga boleh ke laman facebook Sang Pemimpi untuk maklumat lebih lanjut mahupun ke laman web rasmi Sang Pemimpi.

wajah Ariel yang melakonkan watak sebagai Arai dewasa

Trailer filem Sang Pemimpi


p/s : tahniah kepada filem Laskar Pelangi kerana telah berjaya memenangi Filem Terbaik Asia Pasifik baru-baru ini di Kaohsiung, Taiwan.

Dec 20, 2009

Extravaganza - Bunkface


Semangat baru..
Perjuangan yang satu
Dan matlamat hidupku..
Hanya untukmu..

Tapi keadaanmu..
Berikan aku..
Berikan aku satu petanda..
Prasangka.. Aku kalah......

Rasa resah jangan kau percaya..
Dalam hatimu.. (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya..
Kata hatimu.. (kata hatimu)
.
Wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh

Persepsi diri..
Ada maksud sendiri..
Dan propaganda ku rasa..
Luar biasa....

Tapi keadaanmu..
Berikan aku..
Berikan aku satu petanda..
Prasangka.. Aku kalah lagi......
Korus:
Rasa resah jangan kau percaya..
Dalam hatimu.. (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya..
Kata hatimu.. (kata hatimu)

Wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh

Extravaganza
Extravaganza
Extravaganza
Extravaganza

Rasa resah jangan kau percaya..
Dalam hatimu.. (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya..
(kata hatimu)

wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh 


p/s : this song really-really damn cool. jom nyanyi.

Dec 19, 2009

Bolasepak Malaysia memperoleh EMAS Sukan SEA 25

Alhamdulillah, akhirnya selepas 20 tahun, Malaysia kembali memenangi EMAS dalam acara bolasepak di Sukan Sea ke 25 di Vientiane malam semalam. Tak rugilah pada siapa yang menonton semalam. Walaupun masa separuh masa pertama tu, aku tengok asyik Vietnam je dapat serang. Nasib baiklah lepas masa kedua tu Malaysia dah mula serang balas. Bahagian pertahanan Malaysia memang power sebab banyak kali kot halang dari cubaan Vietnam yang bertali arus. Walaupun gol kita adalah hasil dari gol sendiri Vietnam tapi bagi istilah bolasepak gol tu tetap sah okeyh. Mungkin disebabkan penjaga gol Vietnam yang cedera tue, dan juga kedegilan diorang taknak tukar keeper, so, inilah akibatnya yang harus pahit ditelan mereka. Akhirnya kemarau EMAS selama 20 tahun berjaya ditamatkan. Mungkin ini keberkatan pada Maal Hijrah kali ini. Tahniah HARIMAU MUDA atas kejayaan korang. Kami tumpang bangga.

Barisan pemain bolasepak Malaysia

Dec 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

Assalamualaikum, kepada kawan-kawan sekalian.

Selamat tahun baru Islam aku ucapkan kepada semua. Mungkin ada antara korang yang tak sedar kehadiran 1 Muharam ni maklumlah yang dinantikan setiap tahun adalah 1 Januari . Rasanya korang semua amatlah rugi kerana tak menyedarinya. Pada malam semalam juga adalah waktu untuk kita membaca doa awal tahun dan akhir tahun.

Doa akhir tahun dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib manakala doa awal tahun dibaca selepas selesai mengerjakan ibadat solat maghrib. Pada bulan Muharam juga adalah di mana pada 10 Muharam, kita akan menyambut hari Asyura. Pasti setiap AJK kampung, sekolah mahupun pejabat tidak akan lupa membuat bubur asyura untuk diagihkan. Sedap tau.

Kita juga digalakkan berpuasa sebagaimana hadis,

"Barangsiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam iaitu hari Khamis, Jumaat & Sabtu, Allah tulis padanya pahala sepertimana beribadat selama dua tahun."

Di kesempatan ini dan pada bulan yang baru ini, aku ingin memohon maaf andai tersalah bahasa mahupun terkasar bahasa.

"Mulakan hari yang baru di bulan ini dengan kemaafan, sesungguhnya memberi maaf itu lebih baik daripada menerima kemaafan.."


Budak main Ukelele

Sana sini aku tengok ada video budak kecik ni. Pandai main alat muzik Ukelele. Dia sangat, sangat comel okeyh. Budak ni baru umur 5 tahun dari Jepun. Mimik muka dengan gaya dia main, memang besh lah nak tengok. Cuma sayang pronounciation dia tak jelas lagi. Takpe, muda lagi kot, biasalah camtu. Sempat plak dia garu hidung time main. Serius comel.





Kalau korang nak tengok lagi video budak ni, korang searchlah nama Uke3453 kat youtube. Banyak lagi video budak jepun nie. Harap lepas ni, bolehlah budak ni jadi macam Wade Johnston plak. Kalau minat dengan Wade ni, bolehlah jadi fan dia kat facebook.





Dec 10, 2009

6 Disember 2009


Hari paling best untuk tahun ini. Alhamdulillah, aku dapat jumpa mereka, Fun Corner. Kali ini tuan puteri juga ada bersama kami. Dia bergegas dari set Melodi di Jom Heboh dari Bukit Jalil. Aku sampai sedikit lewat dari yang lain. Sedikit penat berjalan kaki ke sana. Berjalan ke sana bersama-sama Aira, adiknya dan juga Mariah.

Aku makan makanan yang banyak dan sedap sehingga boleh dibawa pulang. Main game bersama mereka. Teka itu ini. Sesi bergelak ketawa bermula. Macam-macam aksi boleh dilihat. Terbaring. Terlompat. Lukis itu ini. Tak lupa, sesi tangkap gamba beramai-ramai.

Kasihan dengan tuan puteri kami. Kaki dia masih sakit. Jalan masih terhinjut-hinjut. Dia perlukan satu tongkat dan juga "robocop" untuk support kaki dia. Harap dia akan cepat sembuh dan kembali boleh berjalan. Dengarkanlah dia kembali pada pagi 14 Disember nanti di HotFM AM Crew.

Terima kasih kepada Kak Zai atas anjuran, FF sebab sudi datang, Fun Corner kerana terima aku. Sangat besh untuk hang out bersama korang. Harap dapat jumpa lagi pada lain waktu okeyh.


gamba yang dia ambil sendiri 

Dec 8, 2009

Fara Fauzana Bergelek




Aku suka segalanya tentang FF, kawan-kawan aku juga tahu.
Tapi kali ini dia bergelek di Anugerah Skrin.
Mukanya semasa menari sangat berseri.
Aku cuma takut kakinya akan sakit.
Alhamdulillah tiada apa yang terjadi.

Review Anugerah Skrin 2009


1 - Gandingan Farah Fauzana dan Afdlin Shauki sangat enjoy walaupun kadangkala meleret sedikit.

2 - Pertama kali ada singgahsana di atas pentas, maklumlah kaki FF masih sakit tak boleh berdiri lama.


3 - Pemilihan lagu untuk hikayat 1001 malam adakala kurang sesuai.

4 - Lagu artis Malaysia tak sesuai ke sampai kena pilih lagu Sempurna tu?

5 - Kebanyakan penyampai anugerah terlalu mengikut skrip yang diberi.

6 - Pakaian Rozita Che Wan, amat-amatlah seksi.


6 - Fara Fauzana gelek dan menyanyi seyh.


5 - Keseluruhan, ASK kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya walaupun ada kalanya sedikit boring.


p/s : Terubat rindu nak tengok FF yang dah cuti lebih dari sebulan.

Dec 4, 2009

Teater Natrah


Natrah oh Natrah. Sebuah kisah benar yang diangkat menjadi sebuah teater arahan Erma Fatima. Walaupun jalan cerita untuk teater ini lebih mengangkat lebih kepada sisi Che Aminah, ibu angkat Natrah, but it is a good effort from Erma. Kalau tidak malam ini aku telahpun menonton teater tue. Malangnya, aku tak dapat nak ke sana. Tiket free untuk dua orang pulak tue. Terima kasih tuk team Media Hiburan (MH) sebab suruh orang Istana Budaya call aku tuk dapatkan tiket. Dan juga kat abang mana tah dari MH yang call malam tadi tanya sama ada aku datang ke tidak. Maaf dipinta. Mungkin lain kali bila aku menang lagi, kita jumpa keyh. Aku asyik menang je, tapi mesti tak dapat nak gunakan hadiah yang aku menang tue. Nasib badanlah. Lepas ni, gunakan untuk cuba dapatkan hadiah yang lebih lumayan ye.

p/s : mahu menang lagi dan lagi


Dec 2, 2009

Permanent - David Cook



Is this the moment where i look you in the eye?
Forgive my broken promise that you`ll never see me cry
And everything, it will surely change even if i tell you i won`t go away today

Will you think that you`re all alone
When no one`s there to hold your hand?
And all you know seems so far away and everything is temporary rest your head
I`m permanent

I know he`s living in hell every single day
And so i ask oh god is there some way for me to take his place
And when they say it`s all touch and go i wish i could make it go away
But still you say

Will you think that you`re all alone
when no one`s there to hold your hand?
When all you know seems so far away and everything is temporary rest your head
I`m permanent
I`m permanent

Is this moment where i look you in the eye?
Forgive my promise that you`ll never see me cry

p/s : lagu yang mengingatkan aku kepada dia yang telah meninggal dunia. kenangan itu kembali lagi..