Setiap hujung tahun aku pasti teringat tentang itu. Ia bermula sejak kematian tokwanku. 28 Disember. Tarikh keramat dia meninggalkan kami keluarga. Moga rohnya dicucuri rahmat. Aku menyesal juga tidak melihat wajahnya yang terakhir kala diberi peluang. Tapi aku rasa lebih eloklah aku mengingati wajahnya yang ceria sebelum dia sakit dari melihat wajahnya yang menderita sakit dan meninggal dunia. MasyaAllah.
Kala ini juga pantas di fikiranku teringat nenekku yang terlantar sakit di kampung jauh nun di Jitra, Kedah. Hujung minggu ni aku akan pergi melawatnya. Keadaan dia semakin hari semakin teruk. Risau di benak fikiranku memikirkan segala kemungkinan yang mungkin terjadi. Aku mohon kalian dapat mendoakan keadaannya pulih seperti sediakala. Amin. Aku mohon padamu Ya Allah.

0 komen-komen:
Post a Comment