Assalamualaikum.
Tinggal beberapa minit je lagi kita akan menjengah ke tahun baru 2011. Diam tak diam dah nak tamat pun tahun 2010. Banyak sangat yang berlaku kat aku sepanjang tahun ni. Ada yang mengembirakan, ada yang menyakitkan dan mestilah ada yang menyedihkan aku. Satu pakej lagi tu.
Kita mulakan dengan perkara yang happy. Tahun ni aku lebih dekat dengan FUN CORNER. Dengan mereka lah aku boleh berhibur. Boleh sakit kepala dan sakit perut kalau layan diorang ni. Dan diorang jugak influence aku untuk support artis lain selain Fafau. Tapi Fafau tetap no 1 ok.
Then, Aku jugak jumpa dengan orang yang sangat lama aku nak jumpa. Bertahun-tahun aku support dia dalam diam. Bila aku dapat jumpa dia, aku langsung tak guna peluang yang ada. Cuba korang tengok ENTRY ini untuk tahu siapa. Takpelah, tunggu dia balik nanti.
Berkenalan dengan photog-photog yang gambarnya sangatlah marvelous. Aku nak belajar snap gamba dengan mereka. Tingkatkan kemahiran yang kurang ada. Tapi aku dah tak ada DSLR dah. Sekarang ni Samsung NX10 kepunyaan kakak yang menjadi penganti.
Kami sekeluarga berpindah rumah lagi. Dah bosan sebenarnya asyik pindah randah ni. Harap-harap ini kali terakhir. Lagipun ayah dah nak pencen kurang 2 tahun lagi. Dah tak larat nak explain mana asal-usul. Cara senang, saya orang KAMPUNG dari KEDAH.
Tahun ni jugak aku makin hilang semangat nak belajar. Result sangat menurun untuk tahun ini. Mungkin dah terlebih berhibur sangat. Yeke? Rasa macam aku budak baik je. So, saya akan cuba topup untuk semester terakhir nanti. Saya akan pastikan PROJEK DIPLOMA berjaya disiapkan dengan BAIK.
Untuk tahun ini juga kesihatan aku sangat tidak MEMUASKAN. Seringkali sakit kepala sangat-sangat. Sampaikan aku tak tahan bila kena panas. Memusykilkan betul nampaknya. Dan jugak aku sering demam panas tak pasal-pasal. Harap kesihatan akan kembali cergas tahun depan.
Hatiku paling SAKIT tahun ni. Even aku sakit, tapi elok berdiam diri. Aku tak pandai nak explain satu-satu benda tu. Kalau orang buat kita sakit, kita jangan buat kat orang tu balik. Tapi jangan sampai kesabaran aku dicabar. Please, aku tak suka.
Aku tak suka dengar perkataan GADUH. Banyak sangat yang berantakan kalau benda tu terjadi. So, nasihat aku, kalau ada pergaduhan tu, cuba-cubalah settlekan. Even korang tak suka orang tu, janganlah tunjuk depan orang tu. Layan je dia macam biasa. Amboi, cakap kat diri sendiri nampak. Sebenarnya cuba untuk ingatkan diri sendiri jugak. Kan kan?
Setiap seorang itu bukanlah dilahirkan sempurna bukanlah PERFECT. Kalau ada salah or silap tu, tegurlah. Semua orang boleh terima TEGURAN tu. Cuma caranya kenalah BETUL. Kalau MALAS nak tegur tu, diam sajalah, janganlah suka cakap belakang. Itu sifat yang sangat tidak baik. Sempena tahun baru yang bakal menjelma, tanamlah AZAM BARU yang POSITIF yea.
Jom kita tutup buku lama ni. Aku akan cuba berubah ke arah lebih baik. InsyaAllah.
SELAMAT TAHUN BARU 2011.
0 komen-komen:
Post a Comment