Dec 31, 2010

Selamat Tinggal 2010


Assalamualaikum.

Tinggal beberapa minit je lagi kita akan menjengah ke tahun baru 2011. Diam tak diam dah nak tamat pun tahun 2010. Banyak sangat yang berlaku kat aku sepanjang tahun ni. Ada yang mengembirakan, ada yang menyakitkan dan mestilah ada yang menyedihkan aku. Satu pakej lagi tu.

Kita mulakan dengan perkara yang happy. Tahun ni aku lebih dekat dengan FUN CORNER. Dengan mereka lah aku boleh berhibur. Boleh sakit kepala dan sakit perut kalau layan diorang ni. Dan diorang jugak influence aku untuk support artis lain selain Fafau. Tapi Fafau tetap no 1 ok.

Then, Aku jugak jumpa dengan orang yang sangat lama aku nak jumpa. Bertahun-tahun aku support dia dalam diam. Bila aku dapat jumpa dia, aku langsung tak guna peluang yang ada. Cuba korang tengok ENTRY ini untuk tahu siapa. Takpelah, tunggu dia balik nanti.

Berkenalan dengan photog-photog yang gambarnya sangatlah marvelous. Aku nak belajar snap gamba dengan mereka. Tingkatkan kemahiran yang kurang ada. Tapi aku dah tak ada DSLR dah. Sekarang ni Samsung NX10 kepunyaan kakak yang menjadi penganti.

Kami sekeluarga berpindah rumah lagi. Dah bosan sebenarnya asyik pindah randah ni. Harap-harap ini kali terakhir. Lagipun ayah dah nak pencen kurang 2 tahun lagi. Dah tak larat nak explain mana asal-usul. Cara senang, saya orang KAMPUNG dari KEDAH.

Tahun ni jugak aku makin hilang semangat nak belajar. Result sangat menurun untuk tahun ini. Mungkin dah terlebih berhibur sangat. Yeke? Rasa macam aku budak baik je. So, saya akan cuba topup untuk semester terakhir nanti. Saya akan pastikan PROJEK DIPLOMA berjaya disiapkan dengan BAIK.

Untuk tahun ini juga kesihatan aku sangat tidak MEMUASKAN. Seringkali sakit kepala sangat-sangat. Sampaikan aku tak tahan bila kena panas. Memusykilkan betul nampaknya. Dan jugak aku sering demam panas tak pasal-pasal. Harap kesihatan akan kembali cergas tahun depan.

Hatiku paling SAKIT tahun ni. Even aku sakit, tapi elok berdiam diri. Aku tak pandai nak explain satu-satu benda tu. Kalau orang buat kita sakit, kita jangan buat kat orang tu balik. Tapi jangan sampai kesabaran aku dicabar. Please, aku tak suka.

Aku tak suka dengar perkataan GADUH. Banyak sangat yang berantakan kalau benda tu terjadi. So, nasihat aku, kalau ada pergaduhan tu, cuba-cubalah settlekan. Even korang tak suka orang tu, janganlah tunjuk depan orang tu. Layan je dia macam biasa. Amboi, cakap kat diri sendiri nampak. Sebenarnya cuba untuk ingatkan diri sendiri jugak. Kan kan?

Setiap seorang itu bukanlah dilahirkan sempurna bukanlah PERFECT. Kalau ada salah or silap tu, tegurlah. Semua orang boleh terima TEGURAN tu. Cuma caranya kenalah BETUL. Kalau MALAS nak tegur tu, diam sajalah, janganlah suka cakap belakang. Itu sifat yang sangat tidak baik. Sempena tahun baru yang bakal menjelma, tanamlah AZAM BARU yang POSITIF yea.

Jom kita tutup buku lama ni. Aku akan cuba berubah ke arah lebih baik. InsyaAllah. 

SELAMAT TAHUN BARU 2011.



Dec 24, 2010

Lirik Lelaki - Fynn Jamal


biar sehancur mana
dia dicincang dunia
--tak mati

walau bertalu disiksa
jasadnya takkan meronta
--dia sudi

suka tak suka, tak beza
bibirnya duduknya sama
--tak duli

kalau tak tau jiwanya
seringnya dikeji nista
--dia gigih jadi lelaki

terkadang aku kasihan
‘tah gimana dia bertahan di selalu
takkah lenguh dia berjalan
meski dalam sendiri dia tau yang sungguhnya dia sunyi

lelaki
sambutkan hormatku dari seluruh perempuan
moga nanti
datang hari untuk kau betul2 dihargakan

jatuh bangunmu
gagah lemahmu
tidur bangkitmu
tumbuh patahmu

setiapnya kerna perempuan





Bicaraku Sepi

Jam di sisi laptop kakakku pagi ni menunjukkan angka 4.30 pagi. Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Orang-orang di sekeliling sudah pun berjaya tidur sampai tak ingat aku yang masih berjaga ni. Semakin hari semakin teruk sindrom tidurku waktu cuti ni. Aku tak ubah seperti menjadi seekor burung hantu. Tidur waktu siang, berjaga pabila malam.Tapi itu tidak bermakna seratus peratus sama. Aku masih berjaga siangnya.

Setiap hujung tahun aku pasti teringat tentang itu. Ia bermula sejak kematian tokwanku. 28 Disember. Tarikh keramat dia meninggalkan kami keluarga. Moga rohnya dicucuri rahmat. Aku menyesal juga tidak melihat wajahnya yang terakhir kala diberi peluang. Tapi aku rasa lebih eloklah aku mengingati wajahnya yang ceria sebelum dia sakit dari melihat wajahnya yang menderita sakit dan meninggal dunia. MasyaAllah.

Kala ini juga pantas di fikiranku teringat nenekku yang terlantar sakit di kampung jauh nun di Jitra, Kedah. Hujung minggu ni aku akan pergi melawatnya. Keadaan dia semakin hari semakin teruk. Risau di benak fikiranku memikirkan segala kemungkinan yang mungkin terjadi. Aku mohon kalian dapat mendoakan keadaannya pulih seperti sediakala. Amin. Aku mohon padamu Ya Allah.



Dec 23, 2010

Reunion Kelas 2010

Untuk kali pertamanya aku dapat join mereka ber reunion. Maklumlah sebelum ni sibuk. Sibuk buat benda lain sebenarnya. Kami pilih Berjaya Times Square sebabnya saja kot. Sebab malas dah kat tempat favourite budak-budak sekolah kami, Midvalley. Aku pun sebenarnya dah boring sangat kat situ. Lepas ni, no more Mid for reunion OK.

Dah beberapa tahun sebenarnya aku tak jumpa mereka-mereka ni. Last skali pun masa aku amek result SPM kat sekolah Teknik Sepang tu. Cuba kira berapa tahun. Even ada sorang tu aku terjumpa dia masa event Youth 10 tahun lepas. Semua orang dah berubah ok. Aku je sama tak pernah berubah. Entahlah.


Reunion ni tak dirancang pun. Si budak Ayu ni sibuk tanya kat status dia ajak jumpa ramai-ramai. Aku yang tengah bosan keseorangan kat rumah ni so apa lagi ON jelah. Then decide date and tiba-tiba terus create group kelas kat facebook. Tapi yang datangnya adalah tujuh orang termasuk aku. Then terserempak dengan sorang kat McD sana. Dia keje part time kot. Aku tak tanya plak. Boleh plak gitu.


Agenda kitorang hari tu hanyalah tengok wayang then lepak sambil makan-makan. Topik terhangat mestilah pasal zaman sekolah dulu. Cerita pasal si dia, then dia, then orang ni, orang tu. Alhamdulillah kebanyakan kawan masih lagi belajar. Ada beberapa je yang masih kekalkan jurusan kejuruteraan awam. Yang kekalkan pun semua power-power. Dan ramai jugaklah yang melencong jauh macam aku.

After dah lama borak-borak sampai boleh tukar tempat dari food court. Then macam biasa mestilah berphotoshoot. Diorang macam tahu je, asal aku ada je, mesti bawak kamera. Dah tentu semua tu. Kata hobi masa lapang. Oh ya, paling menyedihkan kamera Nikon aku dah dijual. Takpe, lepas ni aku beli sendiri. Wajib.


Habis penat lelah kamera aku snap gamba mereka-mereka yang gila gamba ni, aku turun ke bawah. The same time, ada launching album terbaru Hujan, Lonely Soldier Boy. Aku yang sampai awal pagi tu, aku sempat jugak tengok rehearsal diorang semua. Terbaik wok. Thanks untuk krew Xfm Street Surfers aku berjaya menang Album tu. Weehooo. Aku syorkan korang beli sebab lagu-lagu dalam tu semua menarik dan terbaik belaka terutama of coz Inspektor Remos. 

Actually aku bukan saja nak tengok Hujan tapi jugak nak jumpa cik DJ baru ni. Aku tahu dia ada pun lepas tanya dia kat twitter a night before. Katanya Era dengan XFM official radio, mestilah ada. Pada yang tak kenal dia, nama dia Ira. Baru je sebenarnya dia diserap secara official as DJ Era. Aku kenal dia pun sebab seseorang. Dapat jugak jumpa akak Ira ni. Lama nau tak jumpa. Tapi takleh lama sebabnya dia kena settle pasal Press Conference Hujan time tu kat Starbucks.


Know what, dari awal petang lagi hujan turun. Memang dekatlah nama Hujan dengan hujan ni. Aku nak balik pun susah. Monorail dah terkandas lebih 1 jam. Alternatif lainnya, jalan sampai ke stesen LRT Hang Tuah even hujan. Dan terimalah demam panas lepas balik rumah. Jangan tiru macam saya yea.


Dec 22, 2010

Shout Awards 2010


Cerita yang sebulan dah berlalu baru nak update ko Aten. Bajet ko sibuk lah yea. Rupanya ko makan, tidur je selama cuti semester ni. Mana ada keje lain lagi. Ops ada, kerja surirumah tangga. Anda dibuli kakak dan abang mengemas rumah, basuh pinggan mangkuk. Dah macam orang gaji dah aku cuti-cuti ni.

Berbalik pada tajuk di atas. Shout Awards atau kami panggil Anugerah Jerit-Jerit sebab memang bisinglah semua orang terpekik-pekik sampai nak terkeluar tekak. Nilah first time aku join secara langsung kat sana. Selalunya aku tengok secara langsung kat kaca TV je. Thanks pada yang ajak.


Tengok gamba kat atas. Muka dua orang tu cam excited je kan. Dua-dua muka first time. Sebenarnya takde perasaan. Eh dah pandai senyum yea ko Aten. Tapi masih tak ikhlas. Sila cuba lagi untuk benar-benar ikhlas. Ops lupa nak cakap, kat sebelah aku tu, sepupu aku yang sebaya. Apaaaa, nampak aku lagi muda? Terharu kejap. Padahal aku dengan dia bedanya 12 hari je.

Gamba kat bawah ni jelah yang sempat aku snap. Dari red carpet sampailah ke dalamnya. Tak banyak sebabnya aku kena balik awal. Macam kata ramai orang, budak sekolah. Paling rugi tak dapat nak dengar announce AM Crew menang. Takpelah, orang kesayangan aku pun tak dapat datang. Ada hal kecemasan katanya. Aku dengan diorang sebelah-sebelah tau. Sebelah pagar. Layan je gamba di bawah ni yea.




Hah, di mana ada event hiburan, korang telitilah mana-mana muka kat bawah . Mungkin mereka terselit di salah satu event. Merekalah kawanku yang fun. Kakak dan abang Fun Corner. Cuma kali ni yang snap gamba ni abang so takdelah gamba dia. Thanks Abang Pejal. Ini gamba kami sama orang yang dah makin sewel kat Quickie malam-malam. Nak tengok dia bukaklah 8tv Isnin sampai Ahad 11.30 malam. Malam Rabu je pukul 12 malam yea. Promote nampak? Mestilah.


Kalau korang tanya sama ada aku mungkin akan pergi atau tidak award show masa akan datang. Biarlah masa menentukan. Aku tak kisah sangat. Hajat kali ni nak tengok live bola sepak kat stadium plak. Sape boleh bawak aku? Please, i'm begging u. Hurm.


Dec 19, 2010

Hey, I'm Back!


Tulis panjang-panjang. Then padam. Tulis lagi. Then padam lagi. Actually dah lama sangat aku tak taip entry baru ni. Dah hilang idea. Tapi now, I'm back. Aku akan update apa yang berlaku yang lepas-lepas kat korang semua. Tapi ada ke yang nak baca? Kalau macam tu, alhamdulillah.

Cerita pasal reunion kelas aku kat Times Square, cerita pasal first time aku pegi award show, cerita pasal birthday aku, dan cerita-cerita apa yang berlaku sekeliling aku. Aku rasa nak update je sekarang ni. Cuma bila aku dah start menulis tu, nanti aku melarat ke cerita lain.

Oh ya, before aku terlupa, tahniah tuk pasukan Malaysia yang berjaya ke perlawanan Final Piala Suzuki AFF dengan menewaskan Vietnam melalui agregat 2-0. Pemain terbaik aku rasakan diserahkan kat penjaga gol muda kita Khairul Fahmi or orang panggil dia Apex. Terbaiklah dia tangkap bola. Eh tak kenal ke?

penjaga gol Malaysia - Khairul Fahmi (Apex)

Aku ni bukanlah kipas susah mati bola sangat tapi aku layan jea tengok bola ni. Nak ajak aku tengok bola, memang takde hal. Takde hal lah nak berjaga tengah-tengah malam. Kalau game besh, aku tengok sorang-sorang pun takde masalah. So, gudluck tuk pasukan Malaysia yang akan lawan Final nanti. Sama-samalah kita kasi sokongan yea. Ganbatte Malaysia.