Feb 11, 2011

Selamat Pengantin Baru - Kak Tud


Assalamualaikum


Hati ini rasa bahagia melihat kebahagiaan senior zaman sekolah menengah aku ni akhirnya telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya. Dia dan jejaka pilihannya merupakan mantan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi universiti kami, UTeM. Setelah bertahun tidak berjumpa dengan dia, akhirnya aku kembali dapat bersua muka dengannya kerana dia sewaktu itu adalah Fasilitator bagi pelajar-pelajar baru, iaitu sewaktu aku daftarkan diri di UTeM.

Dia yang dimaksudkan adalah empunya nama sebenar Jauharatud Yani Ahmad. Kak Tud bersama pasangannya Syahrul Naim Salleh telah selamat diijabkabulkan pada 5 Februari 2011 yang lalu di Surau Assoghir, Taman Pekaka. Aku telah dijemput ke majlis perkahwinan beliau tapi aku tidak dapat hadirkan diri ke sana kerana jauh di utara. Jika aku cuti lama, pasti aku akan ke sana. Ayah dan ibu pun tinggal di Pulau Pinang kot. Takpelah, doa dari jauhku buat kalian.



Doaku,
Semoga kalian berdua bahagia sampailah ke anak dan cucu.

Selamat Pengantin Baru Kak Tud


4 komen-komen:

  1. fatin..dpt mna pic kawen tud ni??km pun bru tgk...km pn xdpt p ritu..sedih2 =(
    apa2 pun,tahniah la kat tud

    ReplyDelete
  2. dapat kat fb dia. minggu ni ada kat selangor punya. jauhlah plak. hurm.:(

    ReplyDelete
  3. awat panggil kak Tud? huhu

    nama sedap kot.. hehehe

    apa2 pun SELAMAT PENGANTIN BARU ye

    =_=

    ReplyDelete
  4. Thanx Aten.. terharunya..
    shila kat fb aku kwn2 ade tag gmbr.. tgk lah..

    ReplyDelete