Apr 2, 2011

Atenzone - Hidup Mesti Terima Teguran


Assalamualaikum

Apa khabar orang kampung cek? Hampa semua sihat ka? Cek macam biasa lah, sihat tu takdak lah sangat, tak sihat pun takdaklah sangat. Cek ni selalu tengah-tengah je. Ni nak habaq mai kat hampa semua, dalam ketensionan cek nak buat Projek Diploma boleh plak cek pi buat blog baru. Mentang-mentanglah cek tak payah nak keluaq duit bayaq domain dengan server, bolehlah bukak blog baru ni. 

Hampa semua mesti perasan kan yang cek dua tiga hari ni asyik post pasal lirik dengan update berita hiburan je, sampaikan pasal diri cek punya cerita, hampa boleh kira dengan jari, bape sangatlah yang cek update kan? Tapi jangan risau no, sebab cek dah siapkan satu blog khas untuk tulis pasal benda-benda hiburan ni. Cuma sekarang nak kena promotekan lah. Entry kat dalam blog tu plak, semua yang ada kat blog ni, sebab takdak lagi benda baru yang cek nak tulis.

Ops, rasanya mesti ada yang asyik garu kepala yang tak gatal sebab tak faham apa lah yang aku tulis, maklumlah dalam bahasa kedah. Takpelah, slow-slow baca ok, lama-lama dapat tangkaplah yea. Blog ni akan lebih kepada cerita personal, isu semasa dan cuma kadangkala akan diselitkan juga hiburan tu. Pada yang nak follow blog baru den tu, anda sangatlah digalakkan ye. Sekian, terima kasih.

Followlah




2 komen-komen: