Assalamualaikum
Footage yang buat aku tiba-tiba sangat happy. Sangat tumpang gembira kerana idea Kak Faz dapat di short listed dan bakal direcord hari ni untuk Sejuta Impian TV3. Thanks kak Faz atas impian akak tu yang sangatlah dinantikan oleh peminat karya-karya Indie. Even kita tidak dapat buat semua orang sukakan karya kita tapi yang sukakan pasti akan ada.
Aku selalu ingin turut serta ke Pekan Frinjan, Lorong Seni mahupun Joho untuk berhibur dan menonton persembahan-persembahan dari mereka-mereka ini. Orang yang sentiasa membuat aku happy dengan karya-karya mereka. Orang seperti Fynn Jamal, Mohd Jayzuan, Zahiril Adzim, Fazleena sendiri dan juga ramai lagi di luar sana yang membuatkan aku ingin terus menyokong karya mereka.
Aku berharap TV3 akan merealisasikan impian kak Faz ini dan dapat membuatkan golongan pencinta karya-karya seperti ini termasuk aku tumpang gembira kerana akhirnya bakal ada rancangan yang memaparkan segalanya tentang indie. Tidak kiralah sama ada puisi, filem, teater, sastera mahupun muzik itu sendiri. All the best for your recording hari ni if you read this kak.
"Polaroid"
0 komen-komen:
Post a Comment