Assalamualaikum
Eh dah masuk bulan Mei rupanya. Tak sedar plak aku. Blog pun tak banyak nak update sangat sebab busynya masyaAllah, memang tahap kronik maklumlah pelajar tahun akhir. Sekarang ni secara officially aku dah bergelar ex-student Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Terima kasih untuk kenangan selama 3 tahun. Kawan-kawan sekelas yang paling gempak even tak sekepala tapi kami rapat. Selalu je konvoi untuk event beraya mahupun kenduri kendara. Tahniahlah, sampai kelas lain pun jeles.
![]() |
bergambar lepas paper last, hujung belah kiri kat depan tu lecturer paper last kami
Sementara tengah menternak lemak dan asyik makan, tidur, mengadap komputer je, aku tengah berehat sementara sambil mencari keje. Silalah beri saya keje yang best. Keje yang enjoy even penat itu lebih berbaloi dari keje yang relax tapi bosan. Lagipun cuti kami ni bukannya kejap sampai bulan September tu. Siap boleh puasa dengan raya kat rumah tau. Kau ada?
Lagi satu alang-alang takde keje, terasa nak buat Projek 30 yang tergendala dari tahun lepas. Dah ramai orang buat sebenarnya. So, aku hanya rajin nak buat untuk penuhkan blog aku ni. Maklumlah entry macam takde je. Kalau sesiapa rajin, mehlah join aku buat Projek 30 ni. Tidak kisah lama mana korang amek masa nak siapkan. Nak habiskan dalam sehari pun boleh. Yang penting Enjoy.
Apa itu Projek 30? 30 tajuk entry yang bakal ditulis dalam blog ni. Dulunya aku nak mengikut Projek 30 yang rasanya dah ramai yang buat. Tapi aku rasanya kebanyakan dalam list tu tidak sesuai dengan aku. So, nantikan tajuk suka hati dari aku.

0 komen-komen:
Post a Comment