Assalamualaikum
Lagu favourite aku sangatlah banyak tapi lagu ni boleh dikatakan lain dari yang lain sebabnya liriknya penuh puitis maklumlah dari akak Fynn Jamal yang mungkin kesayangan sesetengah orang termasuklah aku. Dia penuh dengan inspirasi. Siapa yang kenal dia mesti akan tahu dia macam mana. For sure, I love her song, her personality and all about her. Oh ya, terlupa pula judulnya Biar Jiwa. Biar Jiwa kita yang tentukan ia kesukaan aku yang mungkin jadi kesukaan kamu.
Lagu ni bakal dimuatkan dalam album terbaru dia yang dinamakan Projek Kesian. Kami hanya menanti projek tersebut dia siap sepenuhnya. Lagu ini juga merupakan OST bagi filem Kontradiksi iaitu sebuah filem ultra low budget. Filem ini baru sahaja selesai pengambarannya bulan lepas dan aku menanti ia disiapkan. Kerana ini salah satu filem indie yang aku rasa awesome sangat.
kau bikinku gigit bibir sendiri
lamakah lagi kita sepi?
kau bikinku renung sinar mentari
lamakah lagi kita begini?
alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku
alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku
berkaliku mintakan dari dulu
usah kau tunggu ucap itu
berkaliku bisikkan pada kamu
usah kau buntu aku milikmu
alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku
alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku
perlukah aku menyebut setiapnya
yang indahku tidak akan ada makna
bila kau sembunyi dan bermain lari-lari
separuh aku sudah pun mati
tak mampukah kau percaya
haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia?
tidak bisakah kita sekadar pejam mata
biar jiwa bersuara
biar
biar
biar jiwa
bersuara
Facebook Fynn Jamal
Kontradiksi - sebuah filem ultra low budget
sue suka lirik dia... =.)
ReplyDelete