May 27, 2011

Day 2 - Your favourite movie (Projek 30)


Assalamualaikum


Laila Isabella, cerita long time favourite aku. Cerita yang buat aku gilakan Nasha Aziz. Lakonan dia dalam movie ni sangatlah mengujakan aku. Jadi minah tomboi dan sukakan si Rosyam Noor ni. Aku ada lagi baju merchandise movie ni. Poskad yang ada sain pelakon-pelakon dia pun masih tersimpan rapi. 

Movie ni time aku menetap kat Penang lagi. Dapat jumpa semua si Rosyam Noor, Nasha Aziz, Hans Isaac beserta Azharina yang menyanyikan lagu tema movie ni. Time tu aku jadi tukang sambut si Rosyam sempena dia rasmi stokis Nona Roguy, kawan mak aku punya kedai. Aku jadi tukang pegang bunga rampai. Jadi femes kejap time tu orang semua snap gamba aku dan partner aku time tu.

Rosyam Noor nak datang dah tahu lama, cuma yang tak tahu, rupanya dia buat promotion filem Laila Isabella ni sekali. Bila nampak kelibat Nasha dengan Hans memang terkejutlah. Zaman muda-muda tak pernah jumpa artis. Bila ada depan mata, memang terpakulah. Tapi terkawal lagi time tu, jangan risau. 

Sesiapa yang tak pernah tengok movie ni memang rugi. Sebaiknya korang cuba search kat youtube, rasanya ada ternampak hari tu. Takkan rugi kalau korang tengok. Boleh tahan kelakar juga filem ni. Lastly, tagline filem nilah yang buat aku guna pakai selalu, "Hidup Ini Mesti Berani Terima Kenyataan". 

0 komen-komen:

Post a Comment